"Sayangi Semua Orang, Doakan Semua Orang, Moga Kita Berjumpa Di Syurga"

Sunday 10 August 2014

Bumi Tarbiyah Demi Cita ...


بسم الله الرحمن الرحيم



- Musafir Ilmu Lillah -

:')

Ketika tiba di bumi itu,
Demi mencari sisipan ilmu,
Yang dituntut-Nya dan kekasih agung-Nya...



- Bumi Tarbiyah Cita -




Walau payah tetap melangkah,
Walau rebah tidakkan goyah,
Walau kalah tidakkan menyerah,
Walau pahit takkan ku terhimpit...






- Terus Melangkah -






Kerana agamaku mengajarkan erti kesabaran,
Kerana addinku mengajarkan erti ketabahan,
Kerana Tuhanku mengajarkan erti kesakitan,
Kerana nabiku mengajarkan erti perjuangan...







- Berjalanlah & Teruskan Mencari -

^
^
^
^

* Cinta dan Redha Illahi *






Ya....
Inilah perjuangan,
Mengorak langkah menuju wawasan,
Mencari, mencari dan terus mencari rahmat Tuhan,
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan,
Takkan terobek sedikitpun maruah,
Demi mencari redha Ar-Rahman...











Lantas ku galas mukallaf Al-Muhaimin,
Menjadikan aku muslimah terbimbing,
Bersama merentas cita penuh doa...









Agar aku mampu menjadi da'ie untuk si permata,
Menjadi bidadari di hati suami tercinta,
Menjadi permaisuri permata keluarga,
Dan turut menjadi nisa' di jannah yang Esa,
Bersama serikandi-serikandi kesayangannya DIA...





:')



- Sahabat Seperjuangan -





Disisiku Kau letakkan dia yang ku panggil TEMAN,
Untuk bersama meneroka indahnya Islam di persada dunia,
Memberi semangat dan kata sakti berhikmah nada,
Sahabat yang sentiasa menjaga tingkahnya,
Menjadi TEMAN yang bergelar "SAHABAT INSPIRASI"
di mata temannya...  :')



..............................................................................
#Lina & Ikha#
..............................................................................



:')
Inspirasi Hati ;
Nur Azwani Wani


No comments:

Copyright By nurazwaniyunos.blogspot.com@Nur Azwani Waniey