"Sayangi Semua Orang, Doakan Semua Orang, Moga Kita Berjumpa Di Syurga"

Thursday, 7 August 2014

Doa Buat Saudaraku Di Sana.. :'(


بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum..

Pasti sahabat-sahabat semua tidak asing lagi dengan poster
seperti ini..
Belek2 laman sosial, terutamanya, 'FB', bertaburan gambar seperti ini
menjadi gambar DP fb masing-masing..
Ini sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap saudara-saudara di
Palestine..

Alhamdulillah.. 

Semoga doa-doa & usaha-usaha kalian akan sampai kpd mereka..

Allah humma aamiin..


:'(

Ya Allah..
Apalah ertinya hidupku ini,
apabila aku tidak pernah sekali pun bersyukur
diatas segala nikmat kurniaan-Mu padaku..
Zalimnya aku Ya Allah.. :'(


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ya Rahman..
Alangkah tidak bersyukurnya aku..
Yang hidup dalam negara yang aman ini..
Sedangkan,
saudara seagamaku di sana (Palestine),
hidup dalam kesengsaraan..
Sentiasa dalam kelaparan..
Dihujani dengan tembakan..
Dibasahi dengan tangisan..
Dibanjiri dengan darah berderaian.. :'(



Doakan Mereka.. :'(

Saudaraku.
Pilunya kali ini apabila melihat kau
Sewenang-wenangnya dizalimi si bedebah zionis
yang hanya tahu bertalam dua muka
mencipta cerita dusta & fana.

Hati ini tidak rela
bila melihat kau ditindas seperti sampah
tidak kira tua mudamu
remaja mahupun kanak-kanak
diperlakukan lebih hina dari binatang
tanpa belas kasihan.

Hati ini lebih pedih bagai dihiris sembilu
melihat dirimu yang tiada daya untuk menentang
merangka kesakitan mengeluarkan airmata berdarah
tanpa noktah.



Semoga senyuman bakal menjadi teman sejati dibibirmu semula..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saudaraku,
Hari ini kesal tak terhingga,
bagai jantung dirobek dan dimamah,
kerana hati tahu,
diri ini insan biasa,
yang tiada daya untuk menghulurkan tangan,
kerana jauh nun mu di sana,
memisahkan kita berbatu marhalah..



:'(


Saudaraku,
Hanya doa dapat kupanjatkan,
kepada yang maha Esa,
agar dirimu teguh berdiri mendapani dugaan,
dan juga ketetapan-Nya ..


..................................................................................
Kami di sini, akan selalu mendoakan kamu..
..................................................................................

Allah humma aamiin....    :'(


:')
Airmata Hati ;
Nur Azwani Wani


No comments:

Copyright By nurazwaniyunos.blogspot.com@Nur Azwani Waniey