"Sayangi Semua Orang, Doakan Semua Orang, Moga Kita Berjumpa Di Syurga"

Sunday, 24 August 2014

Tarbiyah Cinta Allah :')


بسم الله الرحمن الرحيم


- Ujian -

Ujian tarbiyah Allah,
Tiada peperiksaan pena,
Apatah lagi uji minda,
Kerana Allah ada cara-Nya,
Bagaimana DIA menduga hamba-Nya...













DIA tahu tahap kemampuan,
DIA mengerti batas kesanggupan,
Inilah kasih sayang yang tidak ternilai,
Antara Pencipta dan makhluk dicipta...






- Hati @ Qalbu -





Kerana cinta-Nya kita ada,
Kerana kasih-Nya kita diduga,
Kerana sayang-Nya kita menjadi hamba,
Bersyukurlah kerana dipilih-Nya,
Merasai kemanisan dan kepahitan hidup di bumi-Nya... :')





- Warna-Warni Kehidupan -










Tanpa bayaran kita diciptakan,
Hanya dengan satu perjanjian Tuhan,
Bersedia menjadi Khalifatul Rahman...







Sedarlah insan,
Kerana DIA merindui maka DIA menguji...

:')







DIA mahu mendengar rintihan pengharapan,
DIA mahu melihat titisan airmata Iman,
Mengadu dengan penuh penyesalan,





- Saat kebersamaan dengan-Nya -

:')






Dalam solat sunat tahajud dan taubat,
Ditambah rencah solat istikharah,
Menjadi tetamu-Nya ketika sosok yang lain diulik lena..






:')
Airmata Rindu ;
Nur Azwani Wani




2 comments:

Miza zahra said...

slm ziarah :)
semoga barakahnya memberi kebaikan kepada ummah, inshaAllah ^^

Unknown said...

insyaa Allah.. fi hifzillah.. syukran jiddan ukhti.. aamiin.. :)

Copyright By nurazwaniyunos.blogspot.com@Nur Azwani Waniey